Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRS mahu rampas semula kerusi kalah 2018
  • TEMPATAN

PRS mahu rampas semula kerusi kalah 2018

Utusan Sarawak 3 years ago

Datuk John Sikie Tayai

RYNNA SHA’ERRA

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) mahu merampas semula kerusi yang ia kecundang kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018.

Naib Presidennya, Datuk John Sikie Tayai berkata, sasaran adalah untuk PRS menang semua kerusi ditandingi di bawah logo Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sudah tentu kita akan cuba menang semua kerusi yang kita kalah pada PRU-14 dan kita akan cuba sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Bengkel Pengendalian Kes Mahkamah Bumiputera Sarawak bagi zon selatan di sini, hari ini.

Pada PRU-14, PRS bertanding di enam kerusi Parlimen tetapi tewas di tiga kawasan iItu Lubok Antu, Selangau dan Julau. Ia menang kerusi Parlimen Hulu Rajang, Kanowit dan Sri Aman.

Bagaimanapun, pada 2019 PRS hilang satu kerusi apabila Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat melompat parti menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) tetapi sejak Mac lalu pula, keluar PSB untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Sebelum Parlimen dibubar, PRS hanya mempunyai kerusi iaitu Hulu Rajang melalui penyandangnya, Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Kanowit melalui Datuk Aaron Ago Dagang.

PRS adalah antara empat parti komponen dalam GPS.

Sementara itu, John mengingatkan rakyat untuk memilih calon GPS pada PRU-15 19 November nanti.

“Jangan hanya melihat kepada parti semata-mata. GPS merupakan sebuah kerajaan yang baik dan seharusnya rakyat memilih calon GPS pada PRU-15 nanti,” katanya.

Continue Reading

Previous: Anugerah berterusan pacu landskap pasaran modal hari ini
Next: Perlu terus sokong GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.