Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Prototaip GTE KIWMP ubah sisa kepada tenaga elektrik
  • TEMPATAN

Prototaip GTE KIWMP ubah sisa kepada tenaga elektrik

Utusan Sarawak 4 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap selepas tinjauan operasi loji penjanaan tenaga berasaskan gas di Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching (KIWMP), hari ini. Foto: Nadya Victoria

SIBURAN: Prototaip kogenerasi gas kepada tenaga (GTE) di Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching (KIWMP) membuktikan potensi besar sisa pepejal untuk ditukar kepada sumber tenaga elektrik di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi tersebut dibangunkan oleh Sarawak Wastes Management (SWM) Sdn Bhd sebagai usaha memperkukuh pendekatan sisa kepada tenaga melalui kaedah pemprosesan moden.

“Dengan teknologi yang ada, sisa seperti plastik, sisa makanan dan biomassa boleh diproses menjadi gas sebelum ditukar kepada hidrogen dan seterusnya menjana tenaga elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas tinjauan operasi loji penjanaan tenaga berasaskan gas di Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching (KIWMP), hari ini.

Tambah beliau, Sarawak kini menghasilkan kira-kira 700 tan sisa pepejal sehari dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1,000 tan sehari dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Justeru, kita perlu bertindak lebih awal bagi memastikan sisa dapat diurus secara lebih sistematik dan memberi nilai kepada negeri.

“Pendekatan tersebut bukan sahaja berpotensi menjana tenaga baharu, malah membantu meningkatkan kualiti udara melalui pengurangan pelepasan bahan pencemar,” ujarnya.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan gimik perasmian. Foto: Nadya Victoria

Mengulas lanjut, Abang Johari tidak menafikan cabaran dalam penyediaan tapak pelupusan sisa apabila cadangan pembangunan sering menerima bantahan penduduk setempat.

“Tanah merupakan sumber yang sangat berharga dan tidak semua kawasan sesuai dijadikan tapak pelupusan.

“Oleh itu, kita perlu mencari alternatif lain yang lebih mampan walaupun melibatkan kos tinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak turut mengambil contoh pendekatan negara Scandinavia, khususnya Finland, yang berjaya mengurus sisa secara cekap sehingga mampu menjana pulangan ekonomi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Sarawak tidak bercadang mengimport sisa dari luar, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengurusan sisa domestik secara bertanggungjawab.

“Dengan pertumbuhan industri dan pelaburan, jumlah sisa akan terus meningkat. Kita perlu menggunakan teknologi terkini bagi memastikan ia dapat diproses dengan selamat dan memberi manfaat,” tegasnya.

Abang Johari berkata lawatan tersebut memberi gambaran jelas mengenai potensi teknologi sisa kepada tenaga yang boleh diperluaskan pada masa hadapan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persatuan Veteran Tentera Laut Sarawak tetapkan tiga fokus perkasa kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.