Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Protes di seluruh dunia, desak gencatan senjata perang di Gaza dan Lubnan
  • GLOBAL

Protes di seluruh dunia, desak gencatan senjata perang di Gaza dan Lubnan

Utusan Sarawak 7 months ago

Peserta perhimpunan ulangtahun setahun Perang Gaza memasang lilin sebagai memperingati mangsa yang terkorban dalam perang itu di Buenos Aires. - AFP

PARIS: Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di bandar-bandar utama seluruh dunia semalam bagi menuntut gencatan senjata di Gaza dan Lubnan sempena setahun perang di Palestin.

Menurut wartawan AFP, di Washington, seorang lelaki membakar dirinya sendiri ketika lebih daripada 1,000 orang melakukan protes di luar Rumah Putih bagi menuntut penghentian bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel.

Di Maghribi, puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di ibu negara, Rabat, mengibarkan bendera Palestin dan menyeru agar hubungan diplomatik dengan Israel diputuskan, selepas negara itu menjalinkan hubungan dengan Israel pada 2020.

Penunjuk perasaan melaungkan bahawa perjuangan mereka tidak akan mati dan rakyat mahu normalisasi dihentikan.

Khadija Mokhtari, 56, yang menyertai protes berkenaan berkata, mereka menganggap perang di Palestin adalah isu nasional.

“Jelas tiada ketidakadilan, pembunuhan dilakukan oleh Israel dan mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Ribuan penunjuk perasaan turut berarak di seluruh Turkiye termasuk di Istanbul dan Ankara dengan menyatakan sokongan kepada Gaza dan Lubnan.

Di Ramallah, Tebing Barat pula penunjuk perasaan membawa sepanduk yang menunjukkan gambar wartawan Palestin yang terbunuh ketika membuat liputan mengenai perang terbabit.

Dalam protes di Washington, kelmarin, seorang lelaki membakar lengan kirinya sebelum orang ramai dan polis memadamkan api terbabit.

Kelmarin, ribuan penunjuk perasaan turut berarak melalui Times Square di New York dan sebahagiannya membawa gambar mangsa yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Palestin. – AFP

Continue Reading

Previous: Taufan Milton dijangka landa Florida
Next: Universiti Oxford bangunkan vaksin untuk mencegah kanser ovari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.