Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Proses Bantuan Ibu Bersalin (BIB) kini dipendekkan kepada dua minggu sahaja
  • TEMPATAN

Proses Bantuan Ibu Bersalin (BIB) kini dipendekkan kepada dua minggu sahaja

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Fatimah pada majlis penghargaan KPWKS di sebuah hotel terkemuka di Kuching hari ini.

KUCHING: Tempoh proses permohonan dan pembayaran bagi inisiatif Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di bawah kerajaan Sarawak kini berjaya dipendekkan daripada tiga bulan kepada hanya dua minggu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan itu merupakan salah satu petunjuk kejayaan impak tinggi hasil daripada kreativiti dan integrasi sistem teknologi digital yang digunakan oleh kementeriannya.

Jelas beliau, penambahbaikan tersebut adalah komitmen berterusan kementerian bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa responsif dan cekap memenuhi keperluan kumpulan fokus.

“Sebelum ini, proses memproses dokumen sehinggalah ke peringkat pembayaran BIB memakan masa sehingga tiga bulan. Namun sekarang, hasil kerja keras warga kerja kementerian, ia berjaya diselesaikan dalam tempoh dua minggu sahaja.

“Inovasi ini bukan sahaja melancarkan aliran kerja, malah yang paling penting, ia membolehkan bantuan kewangan disalurkan terus kepada ibu-ibu yang layak tepat pada masa mereka amat memerlukannya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan KPWKS di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Menurut Dato Sri Fatimah, KPWKS mempunyai pelbagai inisiatif kebajikan yang dirangka khusus daripada peringkat awal kelahiran sehingga ke akhir hayat.

Justeru, beliau mahu setiap maklum balas daripada rakyat diambil perhatian serius dan ditangani secara profesional agar tiada golongan sasar yang tercicir daripada menerima manfaat kebajikan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: KPWKS rayu HRDU isi segera 11 kekosongan jawatan demi kelancaran tugas
Next: Penubuhan Unit DEE bukti kerajaan Sarawak iktiraf peranan, hak wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.