Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Promosi perayaan dalam komuniti
  • TEMPATAN

Promosi perayaan dalam komuniti

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGURUS besar dan wakil Utusan Sarawak, Ivy Ngo (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah.

KUCHING: Festival Pertengahan Musim Luruh 2020 sangat sesuai untuk mempromosikan perayaan dalam komuniti negara, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Restoran Hoi Tin Lau Sdn Bhd yang juga merangkap Pengerusi Penganjur Pertandingan ABS, Goh Ah Seng.

Beliau berkata, melalui festival tersebut, ia dapat meningkatkan persefahaman semua etnik di samping mengukuhkan semangat harmoni dan perpaduan.

“Komuniti kita yang pelbagai adalah stabil dan makmur sekali gus tonggak pembangunan lestari negara.

“Oleh itu, Festival Pertengahan Musim Luruh 2020 sangat penting,” katanya semasa berucap pada Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif di Aeroville Mall, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Goh yang juga Presiden Persatuan Tukang Masak How Yu Kuching berkata, festival tersebut akan diraikan di seluruh dunia.

“Ia berasal dari China dan mempunyai sejarah lebih daripada seribu tahun. Hari ini perayaan ini juga disambut di seluruh dunia,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Festival Pertengahan Musim Luruh adalah festival yang disukai oleh masyarakat petani tradisional di China.

“Ia jatuh pada hari ke-15 kalendar lunar kelapan dan pelbagai bentuk perayaan diadakan di kawasan yang berlainan di China.

“Ini juga menunjukkan bahawa bangsa Cina adalah bangsa yang bersyukur,” tambahnya.

Turut hadir, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam Dan DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi serta Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, Penasihat untuk acara tersebut, Cr. Sim Kiang Chiok, Ahli Majlis Perbandaran Padawan, Cr. Wilfred Yap Yau Sin, wakil Utusan Sarawak, Ivy Ngo Muk Lan dan tetamu lain.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: SABERKAS bertahan, pentadbiran tersusun
Next: Penghormatan terakhir Wira Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.