Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Promosi agro pelancongan
  • BISNES

Promosi agro pelancongan

Utusan Sarawak 5 years ago

SEREMBAN, 26 Julai -- Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan Siti Mazlina Maidin (tiga, kanan) mendengar penerangan mengenai deStar dari pempamer ketika melawat ruang pameran barangan Malaysia pada Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Persatuan Promosi Negeri, Persatuan Pelancongan Negeri Sembilan, Kelab Media Negeri Sembilan dan Live 24 News Channel di Starfresh Agro Park hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGARAH Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan Siti Mazlina Maidin (tiga, kanan) mendengar penerangan mengenai deStar daripada pempamer ketika melawat ruang pameran barangan Malaysia pada Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Persatuan Promosi Negeri, Persatuan Pelancongan Negeri Sembilan, Kelab Media Negeri Sembilan dan Live 24 News Channel di Starfresh Agro Park semalam. • Foto BERNAMA

SEREMBAN: Dua persatuan bersama kelab media dan sebuah saluran berita swasta semalam memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan usahasama bagi merancak dan mempromosikan industri agropelancongan di negeri ini.

Pada majlis tersebut, Persatuan Pelancongan Negeri Sembilan (NSTA) diwakili Pengerusinya, Alex Chin Lip Fatt, Datuk Nika Raja Roslizam Ramli selaku Pengerusi Persatuan Promosi Negeri Sembilan (PRONES), Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Arfi Ahmad dan Ketua Wilayah Live 24 News Channel, S. Manimaran.

Majlis menandatangani MoU berkenaan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan dan Pengarah Pelancongan, Seni dan Budaya  negeri, Siti Mazlina Maidin.

Siti Mazlina ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata melalui MoU berkenaan, sebuah pusat sehenti iaitu Agro Bazar Nogori turut diwujudkan, bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pengusaha pertanian di seluruh negeri ini selain memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai produk pertanian.

“Setakat ini ia telah menarik minat seramai 30 pengusaha. PRONES dan Starfesh Agro Park telah menyediakan satu platform bagi pengusaha memasarkan produk-produk berasaskan pertanian.

Ini merupakan program yang baik dalam menggalakkan lagi industri agropelancongan di Negeri Sembilan selain daripada produk pelancongan yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata Agro Bazar Nogori yang terletak di Starfesh Agro Park, Jalan Bukit Putus, Seremban  akan beroperasi pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, 7.30 hingga 11.30 pagi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Inisiatif kerajaan tingkatkan TIV kepada 470,000 unit
Next: Bank Islam mudahkan pembukaan akaun secara maya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.