Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RM30.4 juta TAT Samarindah tingkat tekanan dan agihan air Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek RM30.4 juta TAT Samarindah tingkat tekanan dan agihan air Samarahan

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Tangki Aras Tinggi Samarindah di Kota Samarahan, hari ini. Foto Adele Rissa

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Tangki Aras Tinggi (TAT) Samarindah bernilai RM30.4 juta dijangka meningkatkan kestabilan dan kecekapan sistem agihan bekalan air di kawasan Kota Samarahan yang terus berkembang pesat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelaksanaan projek itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan sistem bekalan air agar lebih responsif terhadap peningkatan permintaan semasa.

“Pembangunan pesat di Samarahan yang merangkumi kawasan perumahan, institusi pendidikan, kemudahan kesihatan serta sektor komersial memerlukan sistem agihan yang lebih stabil dan berdaya tahan.

 DATO Sri Julaihi Narawi (tengah) menyempurnakan gimik pecah tanah sebagai simbolik pelancaran Projek Tangki Aras Tinggi Samarindah di Kota Samarahan, hari ini. Foto Adele Rissa 

“Pertambahan aktiviti pembangunan ini memberi kesan langsung kepada keperluan bekalan air yang lebih konsisten dan boleh dipercayai untuk pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Bina Kawasan Tangki Aras Tinggi Samarindah, Jalan Samarindah Baru hari ini. 

Tambah beliau, projek berkenaan bukan sahaja menambah kapasiti simpanan air terawat, malah membantu memastikan tekanan dan pengagihan bekalan berada pada tahap lebih baik kepada pengguna di kawasan terlibat.

“Kemudahan itu akan memberi manfaat kepada penduduk dengan sistem agihan yang lebih stabil dan mengurangkan gangguan tekanan air di kawasan pembangunan baharu sekitar Samarindah,” tekannya. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan Sarawak terus melaksanakan pelbagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan perkhidmatan bekalan air kekal mampan, selaras dengan unjuran peningkatan permintaan pada masa hadapan.

“Permintaan air di negeri ini kini berada pada paras tinggi dan dijangka terus meningkat seiring pertumbuhan populasi serta aktiviti ekonomi,” ujarnya. 

Oleh Adele Rissa 

Continue Reading

Previous: Presiden JCI Sibu Jaya sertai RAYS 2026 perkukuh kepimpinan belia
Next: Polis Bau jalankan rondaan MPV berkala di sekolah dan asrama pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.