Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan rumah panjang siap awal daripada jadual asal
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan rumah panjang siap awal daripada jadual asal

Utusan Sarawak 6 months ago
PENYERAHAN projek siap antara pihak JKR Bahagian Sibu dan kontraktor yang disaksikan oleh Ajan (kiri).
 

SELANGAU: Projek menaik taraf jalan rumah panjang Tuai Rumah Sima, Jalan Dijih di sini, kini siap sepenuhnya, lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Projek ini dilaksanakan menggunakan peruntukan daripada kerajaan Sarawak di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang.

Majlis penyerahan projek berlangsung kelmarin, 8 November melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu dan pihak kontraktor.

Gira berkata, dengan siapnya projek ini, ia akan memberikan keselesaan kepada penduduk di Rumah Panjang Tuai Rumah Sima untuk menjalankan urusan harian dan membawa kenderaan.

“Saya berharap penduduk akan sama-sama bertanggungjawab menjaga kemudahan ini sebaik mungkin kerana ia adalah untuk kegunaan semua pihak,” katanya.

Tuai Rumab Sima juga menyatakan keterujaannya kerana projek

Tuai Rumah Sima juga menyatakan rasa syukur atas penyelesaian projek ini lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan, yang sepatutnya siap pada 25 Januari 2025.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tamin dan juga Kerajaan Sarawak khasnya kerana sentiasa peka dengan keperluan penduduk rumah panjang yang berada di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Gira diwakili dua pegawai Pusat Khidmat DUN Tamin, Kaunselor Nyireng Saleh dan Kaunselor Ajan Dau, bagi menyaksikan penyerahan projek tersebut antara pihak JKR Bahagian Sibu dan pihak kontraktor projek.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat organisasi terima geran MRP
Next: BSPT IPD Sibu promosi gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.