BSPT IPD Sibu promosi gaya hidup sihat

Facebook
WhatsApp
GAYA HIDUP SIHAT… Antara aktiviti yang diadakan pada Program Gaya Hidup Sihat anjuran Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, IPD Sibu di Taman Jubli Bukit Aup.

SIBU: Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu telah menganjur Program Gaya Hidup Sihat di Taman Jubli Bukit Aup.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, program tersebut diadakan seminggu sekali dengan melibatkan penyertaan dari pegawai kanan, anggota pangkat rendah dan pegawai awam IPD Sibu. 

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sihat dan cergas.

“Ia juga dapat memupuk kepentingan kesedaran sukan dan budaya sihat di kalangan warga kerja PDRM Sibu seperti yang disaran oleh pucuk pimpinan PDRM,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan dalam facebook rasmi IPD Sibu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt. Boniface Bajai, Ketua-ketua Bahagian IPD Sibu, pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta pegawai awam IPD Sibu.

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem