Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek mitigasi banjir: Kuching jadi keutamaan dalam peruntukan RM4 bilion
  • TEMPATAN

Projek mitigasi banjir: Kuching jadi keutamaan dalam peruntukan RM4 bilion

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Rakaman gambar kenangan Dato Sri Fadillah Yusof bersama tetamu kehormat lain.

BATU KAWA: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM4 bilion bagi pelaksanaan projek mitigasi banjir di seluruh negara dengan peruntukan terbesar disalurkan kepada Sarawak, khususnya di Kuching.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, peruntukan tersebut melibatkan pelbagai projek yang sedang dan bakal dilaksanakan selaras dengan pendekatan baharu kerajaan dalam menangani isu banjir secara menyeluruh dan bersepadu.

DATO Sri Fadillah Yusof, bercakap ketika ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Segedup.

“Untuk negara ini, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi untuk seluruh negeri. Tapi untuk Sarawak, kita ada lebih RM1 bilion. Manakala untuk Kuching sahaja, kita ada lebih RM2 bilion.

“Kalau digabungkan semua projek, mungkin kita dapat lebih RM4 bilion. Majoritinya memang tertumpu kepada Kuching,”katanya semasa ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Segedup, hari ini.

AKTIVITI yang berlangsung semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Segedup.

Beliau turut menjelaskan bahawa jumlah tersebut melibatkan projek berskala besar dan pelaksanaannya tertakluk kepada aliran tunai serta perancangan semasa.

“Projek-projek ini ada yang telah berjalan dan ada juga yang akan dimulakan. Ada juga penyesuaian semula dilakukan untuk memastikan kesesuaian dari segi lokasi dan impak.

“Antara pendekatan baharu yang diketengahkan adalah penggabungan pelbagai program mitigasi banjir dalam satu pelan holistik termasuk pembinaan struktur seperti pagar dan benteng yang berfungsi bukan sahaja untuk kawalan sempadan tetapi juga sebagai perlindungan banjir.

“Pagar ini bukan semata-mata untuk kawalan sempadan tetapi juga untuk mitigasi banjir. Sekali jalan. Termasuk juga kerja seperti pendalaman sungai dan pengurusan muara,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut bahawa pendekatan tersebut bakal diperluas ke kawasan yang berisiko tinggi dan bakal memberi manfaat besar kepada rakyat yang sering terjejas akibat banjir walaupun beberapa projek masih menunggu kelulusan akhir daripada Kabinet sebelum dapat dimuktamadkan dan dilaksanakan sepenuhnya.

JAMUAN majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Segedup.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki; ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak, Helmy Hamid serta tetamu kenamaan lain.

Antara pengisian program termasuklah sukaneka Hari Raya seperti pertandingan menganyam ketupat dan mengatur samping secara berkumpulan melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi serta rakan media.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: OUM tanam 2,500 pokok sempena ulang tahun ke-25 
Next: Kakitangan kerajaan digesa terus beri perkhidmatan terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.