Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jambatan Paloh dijangka siap Sept 2026, lewat 8 bulan
  • SEMASA

Jambatan Paloh dijangka siap Sept 2026, lewat 8 bulan

Utusan Sarawak 3 days ago
PENERANGAN… Datuk Aidel Lariwoo memberi penerangan kepada media semasa membuat lawatan kerja rasmi ke tapak projek Jambatan Batang Paloh. Turut kelihatan Datuk Abdullah Saidol. Foto UKAS

SEMOP: Tarikh siap asal projek pembinaan Jambatan Batang Paloh ditetapkan pada 15 Januari 2026. Namun, selepas kelulusan lanjutan masa melalui EOT No.10, tarikh baharu jangkaan siap telah ditetapkan pada 12 September 2026.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Aidel Lariwoo, projek yang bernilai sekitar RM298.494 juta itu kini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 76.92 peratus.

Beliau menjelaskan kemajuan semasa projek berkenaan masih terlewat selama 97 hari berbanding jadual asal, yang mana sasaran sebenar sepatutnya berada pada tahap 86.39 peratus.

“Kelewatan ini sedang ditangani melalui pelaksanaan beberapa langkah pemulihan oleh pihak kontraktor, termasuk penyusunan semula jadual kerja serta penambahan sumber tenaga kerja dan peralatan di tapak,” katanya semasa membuat lawatan kerja rasmi ke tapak projek jambatan berkenaan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, semalam.

LAWATAN… Datuk Aidel Lariwoo melakukan lawatan kerja rasmi ke tapak projek Jambatan Batang Paloh bersama Datuk Abdullah Saidol. Foto UKAS

Tambah beliau, kementerian akan terus memantau rapat perkembangan pelaksanaan langkah pemulihan agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual baharu yang telah ditetapkan.

Jambatan Batang Paloh merupakan salah satu komponen utama dalam usaha kerajaan memperkukuh jaringan infrastruktur di Sarawak, khususnya bagi meningkatkan akses pengangkutan dan merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar.

“Apabila siap kelak, jambatan ini bakal memberi impak besar kepada penduduk di kawasan sekitar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat,” katanya.

Sementara itu, Datuk Abdullah Saidol yang juga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, menyatakan projek ini amat dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat kerana ia dijangka mengubah landskap kehidupan harian mereka secara menyeluruh.

“Siapnya jambatan ini nanti, ia akan menjimatkan masa perjalanan dan membuka peluang ekonomi lebih luas kepada masyarakat, termasuk dalam sektor pelancongan, pertanian dan perusahaan kecil,” jelas beliau. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jambatan Igan siap sebelum Aidilfitri 2026
Next: Semakan SST, perkukuh kedudukan fisikal, lindungi kumpulan rentan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.