Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Projek Jalan dari Kompleks CIQ ke Lawas diluluskan
  • BISNES

Projek Jalan dari Kompleks CIQ ke Lawas diluluskan

Utusan Sarawak 4 years ago
KERJASAMA ERAT… Dato Henry Sum Agong bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah
Yusof dalam pertemuan mereka di pejabatnya untuk membincang berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat.

LAWAS: Projek Jalan dari Sempadan Ba’Kelalan, Kompleks CIQ menghala ke Lawas yang akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi, diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Bajet RMK-12 di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob pada 27 September lepas.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan binaan MRSM Lawas dan sebatang jalan di Trusan dari Mengkalap (Murud Suang ke Long Tengoa di seberang Sungai Trusan semasa Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong menjawat jawatan berkenaan.

Rakyat di kawasan Parlimen Lawas juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia kerana berusaha mendapatkan kelulusan projek tersebut dan beberapa projek infrastruktur asas untuk rakyat di kawasan Parlimen Lawas.

Ahli Parlimen Lawas itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan daripada pejabatnya di Putrajaya yang menyarankan rakyat Lawas untuk terus bersatu demi kemajuan pembangunan.

Oleh ADENG EDREWS

Continue Reading

Previous: Beri gambaran jelas hala tuju dasar kerajaan – Fadillah
Next: Cawangan Emart ke-11 beroperasi esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.