Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Ziarah Kasih PERKIM sempena Krismas 2025 di Hospital Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Program Ziarah Kasih PERKIM sempena Krismas 2025 di Hospital Lawas

Utusan Sarawak 15 hours ago
TERHARU… Seorang ibu pesakit terharu menerima kunjungan Dayang Morliah beserta sumbangan PERKIM dan sumbangan peribadi Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta keluarga.

LAWAS: PERKIM Cawangan Lawas telah menganjurkan Program Ziarah Kasih sempena sambutan Krismas 2025 di Hospital Lawas, sebagai usaha menyantuni pesakit dan warga kerja hospital.

Pengerusi PERKIM Cawangan Lawas, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud turun padang melawat pesakit di wad kanak-kanak, wad lelaki, wad perempuan, wad bersalin serta warga kerja hospital.

MOTIVASI… Dayang Morliah memberi kata motivasi ketika melawat bekas ahli jawatankuasa PBB Bukit Sari dan bekas Ahli Majlis Daerah Lawas, Kr Mahrom.

Agihan sumbangan Krismas berupa barangan makanan dan wang tunai daripada PERKIM Cawangan Lawas turut disampaikan bersama sumbangan ikhlas daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan keluarga.

Dayang Morliah turut meluangkan masa mendengar luahan pesakit serta memberikan kata-kata dorongan agar mereka lebih bersemangat untuk pulih.

ADUAN PESAKIT… Dayang Morliah penuh santun mendengar luahan seorang pesakit yang mengadu sakit kepala.

Program ini merupakan agenda tahunan PERKIM Cawangan Lawas yang diadakan pada setiap perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan Krismas.

ZIARAH KASIH… Dayang Morliah melakukan simbolik penyerahan sumbangan PERKIM kepada Dr Douglas Chu.

Mengiringi beliau ialah Pengarah Hospital Lawas, Dr Douglas Chu Kin Soon bersama pegawai-pegawai perubatan hospital.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis apresiasi BBP Bintangor 2025 hargai dedikasi anggota bomba
Next: Bomba dekatkan perkhidmatan keselamatan bersama komuniti Tudan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.