Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Program UNIDO MAEESTA jimat tenaga RM26.2 juta setahun
  • NASIONAL

Program UNIDO MAEESTA jimat tenaga RM26.2 juta setahun

Utusan Sarawak 3 years ago

PUTRAJAYA, 28 Jun -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (dua, kanan) beramah mesra bersama sebahagian pemain industri pada Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) Kecekapan Tenaga Malaysia dan Projek Aplikasi Solar Termal (MAEESTA) di sebuah hotel hari ini. Turut hadir Naib Presiden Kanan Penyelidikan Perindustrian SIRIM Mohd Azanuddin Salleh (kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Sebanyak 16 syarikat dan fasiliti serta enam kilang yang menyertai program Kecekapan Tenaga Malaysia dan Projek Aplikasi Solar Termal (MAEESTA) berjaya melakukan penjimatan tenaga sebanyak 351,055 megawatt per jam (MWh) bernilai RM26.2 juta setahun sejak 2018.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, MAEESTA, yang dikelolakan oleh Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), adalah bermatlamat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam industri dengan menyokong dan menambahbaik kecekapan tenaga.

“Menggunakan teknologi termal solar juga sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050,” katanya, ketika berucap pada majlis penyerahan sijil penghargaan UNIDO MAEESTA kepada pemain industri di sini semalam. 

Dr. Adham berkata, 16 fasiliti yang melaksanakan langkah kecekapan tenaga dan enam kilang yang memasang sistem termal solar itu turut berjaya mengurangkan jumlah pelepasan GHG sepanjang hayat sebanyak 995,554 tan.

Antara syarikat dan fasiliti yang terlibat dalam MAEESTA adalah Toyo Tires Malaysia Sdn Bhd, JB Cocoa Sdn Bhd, Mycron Steel Bhd, Hospital Ampang dan Pusat Jantung Sarawak.

— Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan teruskan subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Next: Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri, daerah akan ditubuhkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.