Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program STEM bantu pelajar luar bandar kuasai teknologi, inovasi
  • Utara
  • WILAYAH

Program STEM bantu pelajar luar bandar kuasai teknologi, inovasi

Utusan Sarawak 14 hours ago
FRANCES berucap mewakili Pegawai Daerah Sebauh sempena Majlis Penangguhan Karnival STEM Peringkat Daerah Tatau/Sebauh 2026 di SMK Sebauh.

BINTULU: Penganjuran program berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpotensi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar sekolah luar bandar untuk menguasai kemahiran teknologi dan inovasi selaras keperluan dunia masa kini.

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sebauh, Frances Sherri Lia Jilan berkata, pelajar masa kini mempunyai lebih banyak peluang untuk meneroka bidang STEM berbanding generasi terdahulu menerusi pelbagai pertandingan dan aktiviti inovasi yang dianjurkan di sekolah.

Menurut beliau, pendedahan awal terhadap bidang berkenaan penting bagi memastikan pelajar luar bandar mampu bersaing seiring perkembangan teknologi semasa.

NAZMAN ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penangguhan Karnival STEM PPD Tatau/Sebauh 2026.

“Pelajar hari ini bertuah kerana mempunyai ruang dan peluang untuk mendalami STEM sejak di bangku sekolah lagi menerusi pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

“Kita berharap lebih ramai anak muda dari Sebauh dapat melibatkan diri dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan seni bina pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pegawai Daerah Sebauh, Thaddeus Ling Bartholomew Allu pada Majlis Penangguhan Karnival STEM Peringkat Daerah Tatau/Sebauh 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Malaysia LNG Sdn. Bhd., Nazman Rusli berkata, pihaknya komited menyokong pembangunan pendidikan menerusi kerjasama strategik bersama institusi pendidikan di daerah berkenaan.

FRANCES dan Nazman bergambar bersama para pemenang pertandingan sempena Karnival STEM Peringkat Daerah Tatau/Sebauh 2026 di SMK Sebauh.

Katanya, pihak Petronas dan Yayasan Sarawak turut memperkenal program Borneo Bestari bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian di sekolah berprestasi tinggi di Semenanjung dan Sarawak.

“Kami berharap usaha ini mampu menggerakkan industri tenaga serta membawa perubahan positif kepada negeri ini,” katanya.

Sempena Karnival STEM Peringkat Daerah Tatau/Sebauh 2026, Sekolah Kebangsaan (SK) SK Kuala Muput muncul johan pertandingan ‘Water Rocket’ manakala SK Sungai Sebungan meraih naib johan dan SK Kuala Kebulu di tempat ketiga.

Bagi pertandingan ‘Bridge Building’, SK Bukit Balai dinobatkan johan sementara SK Rumah Barrau menduduki tempat kedua dan SK Kuala Sigu di tempat ketiga.

Sementara itu, SK Hermanus Assan menjuarai kategori ‘Drone Challenge’ diikuti SK Nanga Tau selaku naib johan manakala SK Kelawit meraih tempat ketiga.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Ops Bersepadu JPJ Sri Aman, JIM perkukuh penguatkuasaan undang-undang
Next: Enam lori dikompaun parkir di kawasan perumahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.