Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Semarak Budaya Membaca perkasa minat membaca kanak-kanak
  • PENDIDIKAN

Program Semarak Budaya Membaca perkasa minat membaca kanak-kanak

Utusan Sarawak 4 hours ago
MERIAH… Antara ibubapa dan kanak-kanak yang hadir ke Program Semarak Budaya Membaca. Foto PD Taman Susur Jambu 

SARIKEI: Budaya membaca terus diperkasa melalui Program Semarak Budaya Membaca yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif untuk kanak-kanak dan ibubapa di Dewan Masjid Ar-Rahmah.

Menurut jurucakap Perpustakaan Desa (PD) Taman Susur Jambu, program ini adalah sempena kolaborasi pihaknya dengan Tabika Kemas Taman Susur Jambu, Tabika Kemas Dusun Suria Sare dan bersama PD dari zon lain.

“Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti ceramah kenali bahan bacaan dan kesedaran kebaikan membaca, mencari perkataan, mencari benda tersembunyi, menyusun puzzle, pertandingan perkataan, gubahan bunga, cabutan bertuah, teka muka surat buku dan anugerah penghargaan murid.

“Ceramah kenali bahan bacaan disampaikan oleh Sa’adiah Maliki,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini. 

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti menarik sepanjang program dijalankan. Foto PD Taman Susur Jambu

Tambahnya, program ini bertujuan memupuk minat membaca sejak usia muda serta menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam membina tabiat membaca bersama anak-anak.

“Ia turut dilaksanakan bagi menyemai semangat cintakan ilmu melalui amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa.

“Inisiatif ini juga menjadi usaha memperkukuh budaya membaca dalam keluarga serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca sebagai asas kecemerlangan diri dan masyarakat.

“Selain itu, tujuan utama program ini adalah menggalakkan ibu bapa menjadi contoh dan rakan membaca kepada anak-anak bagi melahirkan generasi celik ilmu,” katanya. 

Katanya lagi, secara keseluruhan, program tersebut berjaya mencapai matlamatnya dalam memupuk minat membaca serta mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak melalui aktiviti berteraskan ilmu.

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Kemas serta rakan-rakan perpustakaan desa dari Tanjung Manis, Sri Aman, Maludam, Sibu dan Mukah atas kerjasama dalam menjayakan program ini,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak alu-alukan kerjasama sektor korporat dalam pendidikan – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.