Sarawak alu-alukan kerjasama sektor korporat dalam pendidikan – Premier Sarawak

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama para penyumbang pada Hornbill Sponsor and Raising Public Awareness Program di sebuah hotel, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan penglibatan sektor korporat, khususnya mereka daripada industri perbankan dan pendidikan untuk bekerjasama dalam memperkukuh sistem pendidikan negeri itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sama ada menerusi tajaan peralatan digital, pembiayaan bengkel latihan guru atau bantuan untuk pusat pembelajaran, penglibatan sektor itu bakal memberi impak jangka panjang.

Beliau berkata tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Sarawak tidak hanya berbentuk sumbangan sekali beri sebaliknya perlu lebih strategik, mampan dan seiring dengan matlamat jangka panjang negeri.

“Kerajaan boleh menyediakan hala tuju dasar dan infrastruktur tetapi kita perlukan sektor swasta, bank, universiti dan komuniti tempatan untuk memainkan peranan aktif mereka

“Pembangunan paling berkesan apabila semua pihak menyumbang mengikut kekuatan dan kepakaran masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis ‘No Kid Left Behind’ oleh Hornbill Foundation di sini hari ini. 

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Hornbill Sponsor and Raising Public Awareness Program di sebuah hotel, hari ini. Foto Bernama

Sementara itu, Abang Johari berkata seiring usaha berterusan untuk memodenkan Sarawak, negeri itu sedang mempersiapkan rakyatnya untuk pekerjaan masa depan iaitu dalam tenaga boleh baharu, perkhidmatan digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau. 

Beliau berkata bagi merebut peluang tersebut, golongan muda Sarawak mesti dilengkapi dengan kemahiran teknikal, kreativiti dan kesedaran global.

“Kita mesti melihat pendidikan bukan sahaja sebagai tanggungjawab sosial tetapi juga pelaburan strategik. Pengetahuan dan kemahiran yang kita semai hari ini akan menentukan daya saing Sarawak pada masa depan. Sebab itu saya sering berkata, apabila kita mendidik seorang anak, kita bukan hanya mengubah satu kehidupan tetapi kita sedang membina Sarawak yang lebih baik,” katanya. 

-Bernama

Sekolah di Serian dibuka semula esok

KUCHING: Semua sekolah menengah dan rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan beroperasi seperti sediakala mulai esok. Jabatan