Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Sarawakku Sayang Miri perkukuh pembangunan, dekatkan rakyat dengan kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

Program Sarawakku Sayang Miri perkukuh pembangunan, dekatkan rakyat dengan kerajaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
BERUCAP… Dato Sri Lee Kim Shin berucap pada majlis perasmian SKS Bahagian Miri 2026 hari ini.

MIRI: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 di Bahagian Miri bukan sahaja menjadi platform mendekati rakyat, malah memperkukuh agenda pembangunan menyeluruh negeri ini, kata Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, penganjuran program berteraskan konsep ‘Kebersamaan’ dan prinsip ‘Tiada Seorang Pun Tertinggal’ itu membuktikan komitmen kerajaan untuk turun padang serta menyantuni rakyat secara langsung.

“Program ini memberi peluang kepada rakyat berinteraksi lebih dekat dengan kepimpinan negeri selain mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara terus di lapangan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian SKS Bahagian Miri 2026 hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Kim Shin program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April itu menyasarkan kehadiran seramai 20,000 pengunjung dengan penyertaan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Abang Johari Openg atas kepimpinan dan sokongan berterusan dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan di Sarawak.

Mengulas pembangunan Miri, Lee berkata bandar raya itu kini berkembang sebagai Hab Ekonomi Wilayah Utara Sarawak, tidak lagi bergantung kepada sektor minyak dan gas semata-mata.

“Miri kini menggabungkan kekuatan sektor tradisional dengan sektor baharu seperti pelancongan eko, pendidikan tinggi serta perkhidmatan moden,” jelasnya.

Tambah beliau, antara projek berimpak tinggi ialah pendalaman terusan kapal di Pelabuhan Miri, Kuala Baram bernilai RM208.9 juta yang bakal merangsang industri logistik maritim serta menarik pelaburan asing.

Selain itu, projek infrastruktur utama seperti Lebuh Raya Pan Borneo, Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) dan projek pembinaan jalan Miri-Marudi-Long Lama dan  ke Long Panai (3M2L) akan memperkukuh jaringan perhubungan serta membuka akses ekonomi ke kawasan pedalaman.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK tonggak perpaduan komuniti 
Next: Kaul Seraheng Kakan rancakkan pelancongan budaya Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.