Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program POSKOM bawa perkhidmatan kerajaan dekati komuniti luar
  • WILAYAH

Program POSKOM bawa perkhidmatan kerajaan dekati komuniti luar

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATUK Mohamad Razi Sitam pada Majlis Penutupan Mini POSKOM di Dewan Serbaguna Maludam, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

MALUDAM: Penganjuran Program Jangkauan Luas Santuni Komuniti (POSKOM) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong menjadi wadah penting dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan terus kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, berkata pendekatan turun padang ini memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat, bantuan serta peluang yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa berpegang kepada prinsip pembangunan secara inklusif. 

“Maka, aspek kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan seiring dengan pembangunan infrastruktur dan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Mini POSKOM di Dewan Serbaguna Maludam, semalam.

DATUK Mohamad Razi Sitam pada Majlis Penutupan Mini POSKOM di Dewan Serbaguna Maludam, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Kecil Maludam, agensi-agensi kerajaan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), serta komuniti sekitar yang hadir dan menjayakan program tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, wakil Residen Bahagian Betong, Amir Ridzuan Mohamad, serta Pegawai JKM Bahagian Betong, Abdul Shamat Kassim.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM600,000 diperuntuk enam projek RTP naik taraf kemudahan luar bandar
Next: 45 peserta PDK Meradong sertai ceramah keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.