Siapa sangka selepas pertengahan tahun 2020, sesi persekolahan terpaksa dijalankan mengunakan norma baharu berikut penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.
Keadaan amat dirasai oleh para pelajar setelah hampir empat bulan melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian di rumah.
Kini semua warga sekolah dan murid telah kembali ke sekolah untuk meneruskan sesi persekolah dan memulakan tugas masing-masing sama ada menjadi tenaga pengajar, pentadbir, kakitangan sokongan dan juga sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengajaran.
Pasti terpaut pada riak wajah guru yang sudah tentu tidak sabar untuk berjumpa anak didik mereka selepas “bercuti” sekian lama, apabila sekolah diarahkan tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan memasuki Perintah Kawalan Pergeranak Pemulihan (PKPP) akibat pandemik itu.
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak sekolah dalam usaha memastikan sekolah mereka terus bebas dan dijauhkan daripada wabak Cobid-19.
Sepertimana sekolah yang lain di seluruh negara, Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit turut mengambil langkah yang serupa.
Guru Besar Sekolah terbabit Januddin Rahman berkata, beliau telah mengambil pelbagai inisiatif dan pendekatan untuk memastikan SK Kelawit bebas dari wabak yang ditakuti itu.
Menurutnya, ini termasuklah mengadakan dialog bersama ibu bapa dan pihak PIBG sekolah bersama agensi kerajaan untuk mencapai kata sepakat ke arah memastikan sekolah tersebut benar bebas dan selamat untuk semua warganya.
Malah beliau turut mengadakan Program Penyayang untuk menangkis keraguan ibu bapa dan memberi motivasi kepada murid supaya gembira kembali ke sekolah.
“Semua warga SK Kelawit kerana menjayakan Program Penyayang ini dan dengan kehadiran semua akan memberi semangat kepada murid-murid untuk terus berminat datang ke sekolah tambahan lagi murid-murid sudah lama tidak datang ke sekolah kerana PKP Covid 19,” katanya.
Program berkenaan diperkenalkan dengan menyabut ketibaan murid dengan penuh ceria bersama agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.
“Semua murid nampak ceria dan berminat untuk hadir ke sekolah dan salah satu faktor juga adalah di sebabkan mereka telah lama tidak datang ke sekolah,” katanya.
Tambahnya, pihak sekolah telah membuat pelbagai persediaan bermula 24 Jun 2020 sebelum sessi persekolahan ini di jalankan termasuklah taklimat kepada pengusaha kantin dan kontraktor sekolah.
“Pihak sekolah juga telah mengadakan sanitasi ke semua bilik-bilik darjah dan asrama termasuk kantin, surau, tandas dan dewan makan serta menyediakan pengimbas suhu kepada semua guru kelas dan warden asrama dan pondok keselamatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah amat mementingkan keselamatan dan kesihatan murid-muird serta warga sekolah.
Sehubungan itu beliau memohon supaya ibubapa dan pelawat supaya mematuhi SOP COVID 19 SK Kelawit.
Oleh Ellie Edward