Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Nyanyian Lagu Krismas semarakkan keceriaan prospek di Pusat Koreksional Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Program Nyanyian Lagu Krismas semarakkan keceriaan prospek di Pusat Koreksional Bintulu

Utusan Sarawak 1 hour ago
PENGUASA Penjara, Mohammad Noor Asyraf menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Pengerusi PFM Bintulu, Martin Sia sempena penganjuran program Nyanyian Lagu Krismas di Pusat Koreksional Bintulu.

BINTULU: Prison Fellowship Malaysia (PFM) Cawangan Bintulu dengan kerjasama Pusat Koreksional Bintulu menganjurkan program Nyanyian Lagu Krismas selama dua jam yang disertai 70 prospek, sekali gus menyemarakkan keceriaan sempena musim perayaan.

Program berkenaan menampilkan persembahan nyanyian carol serta testimoni berinspirasi daripada prospek, yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman serta semangat perubahan dalam kehidupan mereka.

Pegawai Penguasa Penjara, Mohammad Noor Asyraf berkata, program seumpama itu mampu membina kekuatan dalaman, keyakinan dan motivasi prospek selain mengeratkan hubungan antara komuniti luar dan institusi koreksional melalui pendekatan kerohanian.

WAKIL PFM Bintulu dan pegawai Pusat Koreksional Bintulu bergambar bersama kotak sumbangan buah oren yang diagihkan kepada prospek sebagai hadiah Krismas.

Beliau berharap agar prospek melakukan perubahan diri ke arah kehidupan lebih baik dengan menjadi individu berdisiplin, bermaruah dan mampu memberi teladan kepada masyarakat.

Sementara itu, wakil PFM, Martin Sia merakamkan penghargaan kepada Pusat Koreksional Bintulu atas kerjasama penganjuran program tersebut serta menegaskan bahawa Nyanyian Lagu Krismasakan diteruskan sebagai program penandaarasan PFM pada masa akan datang.

Menurutnya, program itu bukan sahaja membawa mesej kegembiraan Krismas, tetapi turut memberi nilai sokongan moral kepada prospek sebagai sebahagian daripada proses pemulihan mereka.

PFM turut menyumbangkan buah oren sebagai hadiah Krismas kepada semua prospek yang terlibat bagi memeriahkan lagi penganjuran program tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: DCP Saifullizan adakan lawatan kerja ke Pejabat MPV BPJKKD Kuching
Next: Warga PAWE Pusa peroleh kemahiran asas pertolongan cemas daripada APM Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.