DCP Saifullizan adakan lawatan kerja ke Pejabat Unit MPV BPJKKD Kuching

Facebook
WhatsApp
UNTUK Album

KUCHING: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat Unit Kenderaan Peronda Bergerak (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD) di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, bersama ketua-ketua jabatan serta Ketua Balai Polis Bintawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

DCP Saifullizan Ishak menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Sjn Alimin Ramli

Semasa lawatan tersebut, DCP Saifullizan menyampaikan sijil penghargaan kepada empat anggota MPV dan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka.

Turut hadir, Ketua Sementara Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, ACP Dasuki Che Driss.

Oleh Connie Chieng