Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Ngabas Anak Sarawak himpun 400 penuntut Bumi Kenyalang di IPT Pantai Timur
  • PENDIDIKAN

Program Ngabas Anak Sarawak himpun 400 penuntut Bumi Kenyalang di IPT Pantai Timur

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Seri Roland Sagah Wee Inn bersama pelajar pada Program Ngabas Anak Sarawak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di UMT hari ini. Foto BERNAMA

KUALA NERUS: Program Ngabas Anak Sarawak 2026 anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak berjaya menghimpunkan kira-kira 400 anak jati negeri itu yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pantai Timur Semenanjung. 

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata program itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dengan penuntut Sarawak di seluruh negara.

DATUK Seri Roland Sagah Wee Inn berucap pada Program Ngabas Anak Sarawak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di UMT hari ini. Foto BERNAMA

“Program ini juga melambangkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyokong kebajikan pelajar dan membangunkan bakat masa depan negeri,” katanya pada majlis perasmian program itu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Penganjuran itu ialah yang kedua selepas di Universiti Sains Malaysia (USM) melibatkan penuntut zon utara pada tahun lepas.

DATUK Seri Roland Sagah Wee Inn berucap pada Program Ngabas Anak Sarawak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di UMT hari ini. Foto BERNAMA

Penuntut terlibat tahun ini terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran di UMT, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC), Kelantan dan beberapa institusi lain. 

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Annuar Rapa’ee dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT Profesor Dr Muhammad Ikhwanuddin Abdullah.

Roland Sagah berkata antara pengisian program ialah forum Empowering Sarawakian Youth for Sarawak’s Future Development yang memberi penekanan kepada peranan strategik pelajar dalam menyumbang kepada pembangunan negeri, selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Selain itu, terdapat pameran dan sesi jaringan strategik melibatkan pelbagai agensi kerajaan Sarawak dan pemain industri termasuk Yayasan Sarawak, Sarawak Skills dan SiliconNet Technologies Sdn Bhd.

DATUK Seri Roland Sagah Wee Inn beramah mesra bersama pelajar pada Program Ngabas Anak Sarawak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di UMT hari ini. Foto BERNAMA

Sementara itu, penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains Akuakultur UMT Syed Muhammad Fariduddin Wan Hairrulhaizal, 24, berkata program tersebut memberi peluang kepada mereka mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya, latihan industri serta kemahiran.

“Banyak informasi mengenai agensi kerajaan Sarawak yang diperoleh hari ini. Ia juga membuka mata kami mengenai bantuan disediakan untuk anak Sarawak,” katanya yang berasal dari Kuching.

Penuntut tahun tiga Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) UMT Shine Alethea Deewasnari, 21, dari Serian berharap program itu dapat dijadikan acara tahunan bagi menghimpunkan anak jati Sarawak di perantauan.

“Selain memperluas jaringan antara pelajar, kami juga dapat berinteraksi secara terus dengan pemimpin negeri bagi menyuarakan isu atau persoalan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tokoh sastera Mana Sikana dinobat Sasterawan Negara ke-16
Next: Sarawak bertuah nikmati pendidikan tinggi percuma melalui FTES

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.