Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program KEMAS Marudi tingkat kemahiran, keusahawanan wanita
  • Utara
  • WILAYAH

Program KEMAS Marudi tingkat kemahiran, keusahawanan wanita

Utusan Sarawak 6 hours ago
PESERTA kursus merakamkan gambar kenangan selepas menerima sijil penyertaan kursus anjuran Pendidikan Kemahiran KEMAS.Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 15 peserta wanita menyertai Kursus Kemahiran Jangka Pendek Masakan Makanan Etnik 2026 anjuran Pendidikan Kemahiran, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Marudi, di sini.

Kursus tersebut berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini di Rumah Sator Baran Poyut/Lubok Nibong.

Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Marudi, Reagan Edwin berkata penganjuran kursus seperti ini amat penting dalam usaha memperkasa komuniti melalui pendidikan sepanjang hayat serta pembangunan modal insan yang berdaya saing.

“Dunia yang semakin mencabar dan pesat berubah, masyarakat bukan sahaja memerlukan ilmu akademik, malah kemahiran praktikal dan keusahawanan bagi meningkatkan taraf hidup serta ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Pegawai Daerah Pejabat Daerah Marudi pada majlis penangguhan kursus tersebut.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa KEMAS memainkan peranan yang sangat signifikan dalam melahirkan masyarakat luar bandar yang berilmu, berkemahiran dan berdikari.

Menurut beliau, program-program seperti kursus jahitan, masakan, kraf tangan, teknologi digital, pengurusan keluarga dan keusahawanan mampu membuka peluang baharu kepada peserta untuk menjana pendapatan serta meningkatkan kesejahteraan hidup.

“Saya berharap agar semua peserta memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan memberikan komitmen penuh sepanjang kursus dijalankan,” katanya.

GIMIK PENANGGUHAN… Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Marudi, Reagan Edwin menyempurnakan majlis penangguhan kursus. Foto Jiku Juguong

Tambahnya, ilmu dan kemahiran yang diperoleh hendaklah diaplikasikan dalam kehidupan seharian demi manfaat diri, keluarga dan komuniti.

Beliau turut menggesa agar semangat kerjasama, perpaduan dan saling membantu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat.

“Program komuniti seperti ini bukan sahaja memberi nilai tambah dari aspek kemahiran, malah mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai KEMAS Daerah Marudi, Therry Noel George Anyi, Ketua Masyarakat Iban, Pemanca Randiue Bundan, serta ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum sekitar kawasan Poyut/Lubok Nibong.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: IPD Lawas adakan latihan menembak tahunan selama dua hari
Next: Rumah Mampu Milik Rangau Valley dijangka serah kunci awal Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.