Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Gaya Hidup Sihat berlangsung di padang kawad IPD Sibu
  • WILAYAH

Program Gaya Hidup Sihat berlangsung di padang kawad IPD Sibu

Utusan Sarawak 8 months ago

SIBU: Program Gaya Hidup Sihat anjuran Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah berlangsung di padang kawad IPD Sibu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, program tersebut bertujuan membudayakan aktiviti hidup sihat di kalangan warga IPD Sibu.

Katanya, program ini juga bagi memastikan setiap lapisan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam berada pada tahap yang sihat dan cerdas semasa bertugas.

“Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta meningkatkan semangat berpasukan di kalangan warga IPD,” katanya menerusi catatan di facebook rasmi IPD Sibu, hari ini.

Beliau memberitahu, program berjalan dengan baik dan akan diteruskan setiap minggu pada hari Jumaat.

“Ini selaras dengan kehendak pucuk pimpinan dalam mengekalkan kesihatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat,” ujarnya.

Katanya lagi, program tersebut hari ini juga merupakan aktiviti terakhir bersama Supt Dr. Collin Babat sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu sebelum berpindah ke Kontinjen IPK Sarawak. 

“Beliau mengucapkan penghargaan terima kasih atas kenangan yang telah dicipta bersama-sama Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis serta Kakitangan Awam sepanjang menjalankan tugas di IPD Sibu,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25 petugas Pos Malaysia Sibu hadir ceramah TEKAD
Next: Bandar Simanggang lokasi pertama dalam negeri guna lampu isyarat berkeupayaan AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.