Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Program Desamall@KPLB diperoleh menerusi Grab
  • BISNES

Program Desamall@KPLB diperoleh menerusi Grab

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 14 Mei -- Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menunjukkan produk usahawan luar bandar semasa majlis kerjasama strategik DesaMall@KPLB antara Grab Malaysia dengan eLokal Sdn Bhd di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif eLokal Sdn Bhd, Ahmad Shah Wahid (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERJASAMA STRATEGIK… Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
menunjukkan produk usahawan luar bandar semasa majlis kerjasama strategik DesaMall@
KPLB antara Grab Malaysia dengan eLokal Sdn Bhd di Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Produk usahawan luar bandar yang menyertai program Desamall@KPLB kini boleh diperoleh dengan lebih pantas menerusi perkhidmatan GrabMart dan GrabFood.

Ia susulan kerjasama strategik antara pentadbir program Desamall@KPLB iaitu ELokal Sdn Bhd dan Grab Malaysia yang dimeterai di sini, hari ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ELokal Ahmad Shah Wahid berkata jualan melalui program Desamall@KPLB yang memasarkan produk usahawan luar bandar di platform e-Dagang seperti PrestoMall, Lazada, Shopee dan eBay, meningkat hampir 300 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, produk paling popular dalam program Desamall@KPLB di platform Lazada dan Shopee sejak PKP bermula ialah sambal hitam Pahang dan pelbagai pes masakan.

“Pesanan untuk barangan makanan semakin tinggi apabila Ramadan bermula dan Desamall@KPLB bersedia untuk memenuhi permintaan yang meningkat menjelang Aidilfitri minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian itu yang disaksikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

 Dalam pada itu, Ahmad Shah berkata sebagai permulaan terdapat tiga lokasi ‘pick up point’ bagi GrabMart iaitu Kelana Jaya, Putrajaya dan Batu Caves yang mana radius penghantarannya adalah enam (6) kilometer daripada ‘pick up point’.

“Lokasi ‘pick up point’ akan ditambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Abd Latiff  berkata kerjasama strategik antara program Desamall@KPLB dan Grab Malaysia itu membolehkan produk luar bandar dipasarkan dengan cara yang sesuai dengan normal baharu berikutan pandemik Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peranan teknologi pertingkat hasil sawit
Next: EMART lancar promosi Aidilfitri, Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.