Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program ‘Charity Ride’ bantu mangsa kebakaran
  • TEMPATAN

Program ‘Charity Ride’ bantu mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Ahli kelab penunggang motosikal berkuasa tinggi merakam gambar kenangan setelah menyerahkan derma kepada keluarga mangsa kebakaran Rumah Panjang Nanga Rasau, Engklili menerusi Program ‘Charity Ride’ di Engkilili baru-baru ini.

ENGKILILI: Sejumlah 30 ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi dari wilayah tengah dan selatan Sarawak telah mengadakan Program ‘Charity Ride’ ke Rumah Panjang Nanga Rasau di sini, baru-baru ini.

Kesemua ahli-ahli berkenaan datangnya dari Krian Bikers Saratok, Kelab Simple Bikers Sarikei, SPDC, PDR SRI AMAN, Monkey Rider Community, Lanun Rider MC Sibu. Highwaymen Legacy dan Antu Jalai.

Tujuan utama program berkenaan diadakan adalah untuk menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM1,080 bagi kegunaan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran Rumah Panjang Nanga Rasau pada 15 September lepas.

“Charity Ride ini adalah merupakan program yang tidak asing lagi dalam kalangan penunggang motorsikal di dalam negeri ini dengan salah satu tujuannya adalah untuk membantu komuniti penduduk yang ditimpa pelbagai jenis kesusahan.

“Justeru, adalah menjadi harapan kami agar sumbangan para ahli ‘bikers’ yang disampaikan menerusi program ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga mangsa kebakaran di sini kelak,” kata Presiden Kelab Krian Bikers Saratok, Robin Patrick Lamit.

Robin menerusi program tersebut juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli kelab yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap agar ia dapat diadakan semula pada masa akan datang.

Sementara itu Setiausaha Kelab Krian Bikers Saratok, Jason James Bundang berkata, Program ‘Charity Ride’ ini adalah salah satu cara pihaknya untuk mendekatkan ahli muda terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap komuniti penduduk di negeri ini.

“Berlandaskan slogan ‘Ride, Respect, Responsible,’ yang saya selalu utarakan selama ini, kini aktiviti ‘ride’ sambil beramal telah pun dijadikan satu ‘trend’ oleh ahli-ahli kelab penunggang motorsikal sehingga sekarang.

“Atas sebab ini, saya menyeru lebih ramai belia untuk mengambil bahagian dalam sukan rekreasi permotoran agar mereka dapat melakukan kerja amal terhadap komuniti penduduk di kawasan masing-masing,” kata beliau.

Turut menyumbang dalam Program ‘Charity Ride’ berkenaan adalah Kembara Amal Bakti Sarawak.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Tingkat penguasaan Bahasa Inggeris
Next: Masyarakat harus peka isu integriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.