Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Bubur Lambuk, Bakul Ramadan semarakkan solidariti warga Unimas
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Bubur Lambuk, Bakul Ramadan semarakkan solidariti warga Unimas

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYERAHAN Bakul Ramadan kepada penerima terpilih sebagai usaha memupuk budaya prihatin dalam komuniti universiti.

KOTA SAMARAHAN: Suasana Ramadan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus diserikan dengan penganjuran Program Bubur Lambuk dan Sumbangan Bakul Ramadan 2026 anjuran Pejabat Pendaftar serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia universiti itu dengan kerjasama strategik Bank Rakyat Cawangan Kota Samarahan, kelmarin.

Program tahunan yang berlangsung di Dataran Bucida itu bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan, kepedulian sosial serta nilai ihsan dalam kalangan warga kampus.

Penganjuran program tersebut turut menyaksikan penglibatan menyeluruh staf melalui sumbangan kewangan, tenaga dan kepakaran, selain sokongan signifikan daripada Bank Rakyat sebagai rakan penaja utama.

Pendaftar Unimas, Azlan Ramli yang hadir menyempurnakan penyerahan Bakul Ramadan kepada penerima terpilih berkata inisiatif seumpama itu memainkan peranan penting dalam memupuk budaya prihatin dalam komuniti universiti.

Menurut beliau, Ramadan merupakan bulan yang mengajar nilai empati dan kesederhanaan selain menjadi ruang mengeratkan hubungan antara warga universiti, rakan korporat serta masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Samarahan, Julaihi Majani memuji usaha Unimas menjadikan Ramadan sebagai platform menghidupkan nilai kemasyarakatan serta amalan memberi.

Katanya, Bank Rakyat sentiasa komited menyokong program komuniti yang memberi impak langsung kepada masyarakat, selain kerjasama dengan Unimas merupakan sebahagian usaha berterusan dalam memperkasakan budaya kesukarelawanan dan kebajikan.

Acara diteruskan dengan penyerahan simbolik bubur lambuk kepada wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) di Bangunan Canselori Unimas serta penyerahan Bakul Ramadan kepada warga sekitar yang memerlukan.

Program tersebut sekali lagi membuktikan keutuhan hubungan antara Unimas dan rakan strategik dalam mengimarahkan Ramadan di samping memperkukuh budaya prihatin dalam komuniti kampus serta masyarakat sekitarnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahmad Johnie bersama komuniti Daro edar juadah berbuka puasa
Next: Pengguna jalan raya diingatkan berhati-hati musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.