Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Bintulu Port Prihatin Kembali ke Sekolah 2026 dedah pelajar dunia kerjaya pelabuhan
  • PENDIDIKAN

Program Bintulu Port Prihatin Kembali ke Sekolah 2026 dedah pelajar dunia kerjaya pelabuhan

Utusan Sarawak 58 mins ago
PEGAWAI Pendidikan Daerah Bintulu, Samri Suhaili berucap pada Program CSR Bintulu Port Prihatin – Kembali ke Sekolah 2026 di Wisma Kontena, Bintulu Port hari ini.

BINTULU: Program Bintulu Port Prihatin Kembali ke Sekolah 2026 bukan sahaja menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan, bahkan menjadi platform memperkenalkan dunia kerjaya pelabuhan kepada pelajar sebagai usaha membina aspirasi awal terhadap pendidikan dan masa depan mereka.

Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Samri Suhaili berkata, pendekatan itu memberi nilai tambah kerana pelajar bukan sekadar menerima bantuan material, tetapi turut didedahkan kepada operasi sebenar industri pelabuhan yang memainkan peranan besar dalam ekonomi Bintulu.

“Nilai utama program ini sebenarnya terletak pada pendedahan kerjaya. Pelajar dapat melihat sendiri ekosistem pekerjaan dalam industri pelabuhan dan tenaga, yang sebelum ini mereka hanya dengar atau baca.

“Apabila mereka memahami bahawa banyak peluang kerjaya teknikal dan profesional wujud di Bintulu, ia mendorong mereka untuk lebih serius dalam pelajaran kerana mereka nampak hala tuju masa depan,” katanya ketika berucap pada program berkenaan di Wisma Kontena, Bintulu Port hari ini.

SEBAHAGIAN pelajar daripada enam sekolah menengah di Bintulu menghadiri Program Kembali ke Sekolah 2026 di Wisma Kontena, Bintulu Port hari ini.

Menurut Samri, pengalaman tersebut membantu pelajar membuat hubungan antara pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang keperluan membangunkan kemahiran sejak di bangku sekolah.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Bintulu, Salmiah Mahli pula berkata bantuan tersebut memberi kesan langsung kepada motivasi pelajar, khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Selain mengurangkan beban ibu bapa untuk menyediakan pakaian dan kelengkapan sekolah, program seperti ini membuatkan pelajar berasa dihargai. 

“Lima pelajar dari sekolah kami menerima bantuan dan kami berharap mereka kembali ke sekolah dengan semangat baharu,” katanya.

SEBAHAGIAN pelajar daripada enam sekolah menengah di Bintulu menghadiri Program Kembali ke Sekolah 2026 di Wisma Kontena, Bintulu Port hari ini.

Sementara itu, guru SMK Assyakirin, Chintela Tenggok, berpandangan bahawa pendedahan kepada kerjaya pelabuhan membuka minda pelajar terhadap pilihan pekerjaan yang lebih luas.

“Melalui program ini, mereka tahu bahawa kerjaya bukan hanya tertumpu kepada bidang umum seperti pendidikan (guru) atau keselamatan (polis), tetapi terdapat banyak pekerjaan teknikal yang menjanjikan masa depan cerah di Bintulu,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program K11 diperluas ke tiga lagi sekolah orang asli tahun depan – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.