Bahasa Inggeris kunci akses ilmu, generasi muda digesa tingkat penguasaan

Facebook
WhatsApp
TAHNIAH…Kevin Lau menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima pada Majlis Apresiasi Cemerlang Pelajar SMK Bawang Assan 2025 di Sibu, hari ini.

SIBU: Generasi muda perlu memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris sebagai langkah penting untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, kata Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau.

Menurutnya, bahasa Inggeris sebagai bahasa global membuka akses kepada ilmu pengetahuan yang lebih luas sekali gus mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Apa yang penting ialah kita terus melahirkan generasi muda yang mampu menguasai bahasa Inggeris. Bahasa global ini adalah kunci kepada ilmu dan peluang yang lebih besar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Cemerlang Pelajar SMK Bawang Assan 2025 di sini, hari ini.

KEVIN Lau ketika berucap pada Majlis Apresiasi Cemerlang Pelajar SMK Bawang Assan 2025 di Sibu, hari ini.

Lau turut menegaskan bahawa penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan dan sukan memainkan peranan signifikan dalam membentuk disiplin serta semangat berpasukan.

“Kokurikulum adalah platform penting untuk membina karakter, disiplin dan kerjasama. Inilah ruang untuk pelajar mengasah bakat dan kepimpinan,” katanya.

Beliau berharap pelajar terus percaya bahawa penguasaan bahasa Inggeris dan personaliti yang dibentuk melalui kokurikulum akan mempersiapkan mereka untuk berdiri setaraf dengan rakan sebaya di peringkat lebih luas.

Turut hadir, Pengetua SMK Bawang Assan, Kong Chiong Hui dan YDP PIBG SMK Bawang Assan, Lau Changgam.

Oleh Tarani Lanting

Kelebihan November untuk pilihan raya

ADA beberapa faktor yang mendorong kepada kemungkinan besar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan sebelum akhir tahun ini. Pertama: Sidang