Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Prof Diraja Ungku Aziz meninggal dunia
  • NASIONAL

Prof Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 15 Dis -- Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara hari ini.?Jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.?Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA?

PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara semalami.Jenazah Prof Ungku Aziz,98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam semalam.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, meninggal dunia di sini kira-kira 4.00 petang semalam.

Jurucakap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata, perkara itu disahkan isterinya yang juga bekas Naib Yang Dipertua Angkasa Rahaiah Baheran.

“Dukacita dimaklumkan, saya telah mendapat maklumat daripada isterinya iaitu bekas Naib Yang Dipertua Angkasa Rahaiah Baheran bahawa Prof Diraja Ungku Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.00 petang tadi.

“Marilah kita bersama-sama membacakan surah al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat,” kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Jan 1922 adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar yang kini merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.

Prof Ungku Abdul Aziz merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang pendidikan, selain menjadi tokoh penting di sebalik penubuhan Tabung Haji dan Angkasa Allahyarham juga merupakan ahli ekonomi dan pernah dianugerahi gelaran ‘Profesor Diraja Ekonomi’ pada 17 Jun 1978 serta Tokoh Koperasi Negara pada Julai 2002, selain Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada 1993 . – Bernama

Continue Reading

Previous: Portfolio Exco ditetapkan selepas lengkap pelantikan
Next: Agong isytihar darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.