Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRN Sabah: Bunga Moktar berdepan saingan enam penjuru dalam misi pertahan DUN Lamag
  • NASIONAL

PRN Sabah: Bunga Moktar berdepan saingan enam penjuru dalam misi pertahan DUN Lamag

Utusan Sarawak 10 hours ago
CALON Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin (Barisan Nasional), Johainizamshah Johari (GRS), Salahuddin@ Saalehuddin Anoi (Parti Impian Sabah), Mohd Saifullah Lokman (Warisan), Mohd Ismail Ayob (Bebas) dan Mazlin Madali (Perikatan Nasional) selepas diumumkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sri Lamag hari ini. Foto BERNAMA

KINABATANGAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pegawai Pengurus Yuesri Ismail Yusof mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sri Lamag di sini hari ini.

Bung Moktar ditentang Johainizamshah Johari daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Salahuddin @Saalahuddin Anoi (Parti Impian Sabah – PIS), Mohd Saifulah Lokman (Parti Warisan – Warisan), Mohd Ismail Ayob (Bebas) dan Mazlin Madali (Perikatan Nasional – PN).

Pada PRN lepas, Bung Moktar menang kerusi Lamag yang pertama kali dipertandingkan dengan majoriti 661 undi.

DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar.

Bagi DUN Kuamut yang mempunyai 18,228 pengundi, penyandangnya Datuk Masiung Banah daripada GRS berdepan saingan lapan penjuru.

Masiung ditentang Mohina Ronnie Sidom daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ted Kelvin Sudin (PIS), John Sungkiang (Parti Perpaduan Rakyat Sabah – PPRS), Norfaizah Chua (Warisan), Duin Bintarang (Bebas), Abu Bakar Ellah (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat – KDM) dan Jevronnie Mandek (Parti Solidariti Tanah Airku – STAR).

Sementara itu, kerusi DUN Sukau menyaksikan Setiausaha BN Sabah Datuk Jafry Ariffin selaku penyandang berdepan saingan tujuh penjuru.

Jafry dicabar Datuk Juhari Janan (GRS), Afiq Anwari Zulkifli (Parti Kebangsaan Sabah – PKS), Roslan Madali (PIS), Azahari Rangon (Warisan), Nordin Damit (Perjuangan Rakyat – PR), Datuk Juhari Janan (GRS) dan Pengiran Petra Pengiran Asri (PN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 November manakala pengundian awal pada 25 November.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php – Bernama

Continue Reading

Previous: PRN Sabah: Dua calon Parti Damai Sabah gagal serah pencalonan kerana lewat
Next: PRN Sabah: Liawan, Bingkor saksikan pertembungan 10 penjuru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.