PRN Sabah: Dua calon Parti Damai Sabah gagal serah pencalonan kerana lewat

Facebook
WhatsApp
CALON Parti Damai Sabah (SBP) Abdul Hata Abdul Hala (kiri) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulanayan gagal menyerahkan borang pencalonan kerana tiba selepas 10.00 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Arena Masyarakat Semporna sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini. Semua 25 pusat penamaan calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ditutup pada 10.00 pagi tadi, selepas dibuka selama sejam bermula 9.00 pagi. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Dua calon daripada Parti Damai Sabah (SPP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas lewat tiba di Pusat Penamaan Calon. 

Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas 10.00 pagi.

Turut gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat pencalonan sama ialah Ahmad Daud Awang yang berhasrat untuk bertanding di DUN Bugaya dalam Parlimen Semporna.

Sebaik proses penamaan calon berakhir pada 10.00 pagi, maka kempen PRN Sabah bermula selama 14 hari, iaitu hingga 11.59 malam pada 28 November seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 November manakala hari pengundian 29 November.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari  https://prn.bernama.com/sabah/index.php – Bernama