Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRN-12 TETAP DIADAKAN
  • TEMPATAN

PRN-12 TETAP DIADAKAN

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSEMANGAT… Ahli SUPP berdiri sambil mengibarkan bendera GPS dan SUPP pada Perasmian Konvensyen Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Ibu Pejabat SUPP, di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tetap akan diadakan memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada akan tamat dalam beberapa bulan lagi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, DUN perlu dibubarkan dan pilihan raya diadakan seperti disyaratkan oleh undang-undang.

Pilihan raya hendaklah diadakan untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir Sarawak seterusnya, katanya.

“(Namun) tarikh PRN-12 belum ditetapkan lagi, dan sayapun tak tahu tarikhnya.

“Kita tak kisah kalau kerajaan GPS boleh terus memerintah (setelah tamat tempoh DUN),” ujar beliau secara berseloloh ketika mengulas berkenaan cadangan pihak pembangkang supaya PRN-12 ditangguhkan ekoran penularan jangkitan Covid-19.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Perasmian Konvensyen Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Dewan Sa’ati SUPP di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abang Jo menasihatkan ‘orang luar’ agar tidak masuk campur dengan senario politik di Sarawak.

“Tetapi, saya ingin nasihatkan kepada ‘orang luar’ supaya tidak masuk campur dengan keadaan Sarawak kerana pilihan raya ini bukan urusan mereka,” katanya.

Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekarang akan berakhir pada Jun tahun depan.

Walaupun Ketua Menteri membubarkan DUN, tetapi DUN akan secara automatik terbubar apabila tempohnya tamat dan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Oleh NUR AIN OTSMAN & ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: RM500 kepada semua rakyat Sarawak
Next: Ubi kayu gergasi disangka bom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.