Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Uganda angkat sumpah bagi penggal ke-7
  • GLOBAL

Presiden Uganda angkat sumpah bagi penggal ke-7

Utusan Sarawak 2 hours ago
PRESIDEN Uganda Yoweri Museveni mengangkat sumpah bagi penggal baharu dalam satu upacara pelantikan di ibu negara Kampala hari ini.

ANKARA: Presiden Uganda Yoweri Museveni mengangkat sumpah bagi penggal baharu dalam satu upacara pelantikan di ibu negara Kampala hari ini yang dihadiri oleh pemimpin serantau, diplomat dan pegawai kanan dari seluruh Afrika, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Upacara itu, yang disiarkan secara langsung di platform X, menandakan bermulanya satu lagi penggal bagi Museveni, antara pemimpin paling lama berkhidmat di Afrika.

Berucap di hadapan tetamu dan penyokong, Museveni berkata pentadbirannya akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi Uganda, memperluas kerjasama serantau dan mempromosikan kestabilan di Afrika Timur.

Beliau juga berikrar untuk meneruskan pembangunan infrastruktur dan usaha transformasi ekonomi sepanjang penggal baharunya.

Pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan di seluruh Kampala menjelang upacara pelantikan itu bagi mengawal orang ramai dan memastikan upacara berjalan lancar, menurut laporan media.

Museveni memenangi penggal ketujuh selepas memenangi pilihan raya presiden pada 15 Jan dengan 71 peratus undi, manakala calon pembangkang Robert Kyagulanyi, yang lebih dikenali sebagai Bobi Wine, memperoleh 24 peratus.

Museveni, 81 memerintah Uganda selama empat dekad dan antara pemimpin paling lama berkhidmat di Afrika.

Beliau melanjutkan tempoh memegang jawatan selepas Uganda memansuhkan had penggal presiden pada 2005 dan kemudiannya memansuhkan had umur presiden pada 2017.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Syrian Air sambung semula penerbangan haji dari Damsyik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.