Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Brazil dijangkiti Covid-19
  • GLOBAL

Presiden Brazil dijangkiti Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

(FILES) In this file photo taken on March 18, 2020 Brazilian President Jair Bolsonaro gestures using a face cover during a press conference regarding the COVID-19, coronavirus pandemic at the Planalto Palace, Brasilia. - Brazil President Jair Bolsonaro announced on July 7, 2020 he had tested positive for the coronavirus but said he was feeling "perfectly well" and had only mild symptoms. (Photo by Sergio LIMA / AFP)

SAH POSITIF… Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa mengumumkan beliau disahkan dijangkiti Covid-19. • Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa mengumumkan beliau disahkan dijangkiti Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin Bolsonaro menjalani saringan Covid-19 di Hospital Tentera Brazil selepas mengalami demam, batuk dan sakit kepala. 

Berikutan itu, beliau membatalkan lawatannya ke Bahia dan Minas Gerais yang dijadual pada minggu ini. 

Bolsonaro, 65, berada dalam kumpulan berisiko tinggi dijangkiti virus itu kerana berusia lebih 60 tahun. 

Sebelum ini, beliau sering kelihatan muncul di khalayak tanpa memakai pelitup muka dan tidak mematuhi penjarakan sosial.

Pernah menjalani ujian saringan sebanyak tiga kali pada Mac, sebaik pulang dari Washington, yang menyaksikan 20 anggota delegasi beliau atau orang ditemuinya didapati positif Covid-19.

Pada awalnya, beliau enggan mendedahkan hasil ujian itu kepada umum namun, Mahkamah Agung Brazil memutuskan perkara itu perlu diumumkan demi keselamatan kesihatan banyak pihak.

Brazil negara kedua di dunia paling teruk diancam Covid-19 selepas Amerika Syarikat, setakat ini  menyaksikan korban melebihi 65,000 dengan 1,623,284 kes disahkan. – Bernama

Continue Reading

Previous: 21 terbunuh bas terjunam dalam tasik
Next: AS sah tarik diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.