Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premis perniagaan patuhi SOP
  • TEMPATAN

Premis perniagaan patuhi SOP

Utusan Sarawak 4 years ago
PATUHI SOP… Eksekutif Makanan Plaza Merdeka, Samauri Samlan memastikan setiap pelanggan mengimbas aplikasi MySejahtera dan melengkapi dua dos vaksin sebelum memasuki premis. •Foto HERRIEY NAHA

Keputusan Kerajaan Sarawak untuk tidak membenarkan individu yang belum lengkap dua dos vaksinasi memasuki premis merupakan satu usaha membendung penularan jangkitan Covid-19.

Inisiatif sedemikian telah dijalankan oleh beberapa premis di Daerah Kuching berikutan peningkatan kes mendadak yang direkodkan, sekali gus mengakibatkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 ditangguhkan.

Dalam pada itu, beberapa syarat juga turut dikenakan bagi kemasukan ke setiap premis, iaitu pemeriksaan Sijil Digital Vaksin menerusi Aplikasi MySejahtera. Langkah tersebut memudahkan pihak premis mengesan individu yang lengkap atau belum lengkap divaksinasi.

Pengunjung yang ingin dikenali sebagai Farah, 30, berkata, kebanyakan premis yang dikunjunginya mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dengan hanya membenarkan mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi memasuki premis.

 “Di pintu masuk tadi, pekerja premis melakukan pemeriksaan MySejahtera untuk melihat sama ada saya sudah lengkap suntikan dua dos vaksin atau belum. Malah, mereka juga turut memeriksa status kesihatan saya.

“Kebanyakan premis yang saya pergi melakukan pemeriksaan MySejahtera dan saya dapati pekerja dan pemilik premis juga sentiasa memastikan mereka yang pergi ke kedai mereka diperiksa dengan betul sebelum dibenarkan masuk.

Sementara itu, tinjauan Utusan Sarawak di beberapa lokasi di sekitar pusat bandar ini mendapati rata-rata premis perniagaan mematuhi garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.

Malah, ada juga pasar raya didapati menempatkan petugas mereka di bahagian pintu masuk premis serta ada juga premis yang hanya membenarkan beberapa individu masuk ke premis pada satu-satu masa untuk mengelak keadaan sesak.

Tujuan tersebut bertujuan bagi mengelakkan ada individu mengambil kesempatan memasuki premis tanpa melalui pemeriksaan dilakukan petugas pusat beli-belah berkenaan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Sampaikan perkhidmatan efisien
Next: VAKSINASI REMAJA RABU INI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.