Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Premis makanan kembali meriah
  • STAIL

Premis makanan kembali meriah

Utusan Sarawak 4 years ago
NURILLA Mohamad Ali (kiri) dan rakannya Rozimah Samar menunjukkan sijil digital ketika
menikmati makanan.

Kemeriahan mulai dirasai semula di Kuching apabila restoran dan kedai makan di negeri ini dibenar menerima pelanggan untuk makan di premis selepas memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 4 Ogos lalu.

Tinjauan Stail di beberapa kedai makan mendapati rata-rata penduduk mengucapkan syukur dengan perkembangan terbaharu itu malah tinjauan di sekitar daerah ini mendapati kunjungan pelanggan ke restoran dan kedai makan untuk menjamu selera sangat menggalakkan, walaupun masih ada premis yang tidak bersedia.

Bagi pengunjung yang ingin dikenali sebagai Mira berkata, dia dan rakannya mengetahui bahawa Sarawak sudah membenarkan orang ramai makan di premis selepas meneliti Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Ketiga PPN, baru-baru ini.

“Alhamdulillah…dengan kebenaran ini ada juga alternatif lain untuk makan di luar kerana sudah agak bosan asyik makan di rumah sahaja,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Plaza Merdeka di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, bagi pemilik premis makanan yang ingin dikenali sebagai Akmal turut menyambut baik kedatangan pelanggan yang mula dibenarkan makan di premis.

“Kami lega dengan keputusan yang membenarkan pelanggan makan di kedai makan, namun begitu sebagai pemilik premis kami juga perlu patuh kepada SOP yang telah ditetapkan untuk mencegah penularan Covid-19 ini.

“Sebelum pengguna makan dalam premis, kami akan memastikan pelanggan mengambil suhu dan pengimbas kod QR MySejahtera serta buku log kemasukan serta mempunyai sijil vaksinasi digital,” katanya.

Sebelum  ini, kerajaan membenarkan aktiviti makan  di kedai makan, restoran, clubhouse kepada penerima dua dos lengkap vaksin.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun setiap pelanggan perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang lengkap kepada pemilik premis sebelum dibenarkan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Kerja ‘rider’ jadi alternatif jana pendapatan
Next: Firdaus terokai pertanian fertigasi, hidroponik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.