Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat delegasi Parlimen EFTA
  • TEMPATAN

Premier Sarawak terima kunjungan hormat delegasi Parlimen EFTA

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KUNJUNGAN HORMAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi Jawatankuasa Parlimen Persatuan Dagangan Bebas Eropah (EFTA) di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jawatankuasa Parlimen Persatuan Dagangan Bebas Eropah (EFTA) di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan kerja selama seminggu ke Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan antara parlimen, mendapatkan maklumat serta pandangan secara langsung, dan meraih sokongan politik bagi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (Malaysia-EFTA Economic Partnership Agreement – MEEPA) yang telah dimuktamadkan pada 11 April 2025.

Delegasi EFTA itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Parlimennya yang juga Ketua Delegasi dari Iceland, Grimur Grimsson.

Pada sidang media yang diadakan selepas kunjungan tersebut, Grimur Grimsson memaklumkan bahawa pertemuan dengan Abang Johari bertujuan membincangkan potensi kerjasama dalam industri tenaga hijau.

“Kami sedang berbincang mengenai pembangunan dan pengeluaran tenaga, khususnya tenaga hijau. Kemampanan dan tenaga hijau adalah kata kunci dalam perbincangan ini, termasuk juga teknologi penangkapan karbon,” katanya.

Sementara itu, ahli delegasi dari Norway, Trine Lise Sundnes, turut menyatakan minat negaranya terhadap industri alga yang sedang dibangunkan di Sarawak, terutamanya dalam aplikasi tenaga hijau.

“Namun di Sarawak, semasa kami melawat pusat biodiversiti, kami turut melihat teknologi yang lebih maju berkaitan hal tersebut, jadi ia sangat menarik,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan) Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Ketua Delegasi Negara Norway Trine Lise Sundnes, Ketua Delegasi Negara Switzerland Thomas Aeschi dan Ketua Delegasi Negara Liechenstein Sebastian Gassner serta dif kehormat lain. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bakat wanita wajar dimanfaatkan dalam sektor strategik
Next: 32 ahli majlis angkat sumpah, Peter Minos dilantik pengerusi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.