Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak selamat tiba di Kemboja, hadiri RISEAP ke-20
  • SEMASA

Premier Sarawak selamat tiba di Kemboja, hadiri RISEAP ke-20

Utusan Sarawak 5 months ago

PHNOM PENH (Kemboja): Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Kemboja kira-kira 12.15 tengah hari tadi (waktu tempatan).

Lawatan Abang Johari bertujuan menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 yang akan diadakan di Sokha Phnom Penh Hotel & Residence, esok.

Mengiringi Abang Johari  yang juga Presiden RISEAP ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin serta yang lain.

Ketibaan Premier Sarawak dan rombongan disambut Duta Malaysia ke Kemboja, Shaharudinn Onn.

Perhimpunan itu turut dihadiri Setiausaha Kehormat RISEAP, Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar.

Pada sebelah petang, Abang Johari akan menghadiri majlis makan malam sempena Majlis Perhimpunan Agung RISEAP Ke-20 di Sokha Hotels & Resorts.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari terima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Kemboja
Next: Tuntutan hak demi keadilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.