Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146
  • SEMASA

Premier Sarawak hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146

Utusan Sarawak 12 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang berlangsung di Perdana Putra, hari ini.  Foto Pejabat Premier Sarawak

PUTRAJAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang berlangsung di Perdana Putra, hari ini.  

Mesyuarat yang bermula pada 10.00 pagi itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berlangsung hampir tiga jam sebelum berakhir kira-kira 12.40 tengah hari.

Abang Johari diiringi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Menurut hantaran di akaun Facebook rasmi Perdana Menteri, mesyuarat berkenaan merupakan platform penting yang memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang berlangsung di Perdana Putra, hari ini.  Foto Pejabat Premier Sarawak

“Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan,” kata Perdana Menteri dalam hantaran tersebut.

Selepas selesai mesyuarat, Abang Johari turut mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri di pejabat beliau.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pesta Sematan 2025 kembali lagi 25-27 Julai ini
Next: Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan isteri ke Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.