Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan isteri ke Brunei

Facebook
WhatsApp
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

BANDAR SERI BEGAWAN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 3.25 petang tadi bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Negara Brunei Darussalam.

Lawatan ini adalah atas undangan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-79 yang akan berlangsung esok.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Brunei petang tadi bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Negara Brunei Darussalam. Foto Astana Negeri Sarawak

Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud.

Sebaik ketibaan, Tun Wan Junaidi memeriksa barisan kawalan kehormat yang diketuai oleh Angkatan Tentera Brunei sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan rasmi.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menzahirkan doa agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan serta usia yang panjang oleh Allah SWT.