Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Premier Sarawak dijangka rasmi Masjid Kampung Tebaang pada 17 Julai depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Premier Sarawak dijangka rasmi Masjid Kampung Tebaang pada 17 Julai depan

Utusan Sarawak 12 hours ago
TERSERGAM INDAH… Masjid Kampung Tebaang bakal menjadi medan memperkukuh pendidikan agama, membimbing generasi muda, menyuburkan semangat kejiranan serta memperkukuh nilai kerohanian dan perpaduan masyarakat setempat.

DARO: Projek Rakyat Membina dan Menyiapkan Masjid Kampung Tebaang yang kini mencapai kemajuan 99.11 peratus dijangka siap lebih awal daripada jadual asal, sekali gus bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Kampung Tebaang Hulu dan Kampung Tebaang Hilir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, projek tersebut dengan kos RM4,538,400 dijadualkan siap sepenuhnya pada 1 Ogos 2026.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkan kontraktor, projek itu dijangka dapat disiapkan lebih awal iaitu pada pertengahan Julai tahun ini.

“Kalau ikut kontrak, tarikh siap sepenuhnya adalah pada 1 Ogos 2026. Namun berdasarkan prestasi baik kontraktor, projek ini didapati dapat disiapkan mendahului jadual iaitu pada pertengahan Julai 2026,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak bagi mengulas perkembangan projek tersebut.

TINJAUAN… Dr Safiee ketika mengadakan tinjauan pelaksanaan Projek Rakyat Membina dan Menyiapkan Masjid Kampung Tebaang.

Menurutnya, pembinaan masjid baharu itu akan memberi impak besar kepada masyarakat setempat dengan menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa dan tersusun selain mampu menampung pertambahan jumlah jemaah.

“Masjid baharu ini akan memberi impak besar kepada penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Tebaang Hulu dan Kampung Tebaang Hilir, khususnya sebagai pusat ibadah yang lebih selesa, tersusun dan mampu menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah.

“Selain itu, ia juga akan menjadi pusat penyatuan masyarakat melalui pelbagai program keagamaan, pendidikan, kebajikan dan aktiviti komuniti,” jelasnya.

Dr Safiee berkata, antara kemudahan utama yang disediakan di masjid baharu itu termasuk ruang solat yang lebih luas dan selesa yang mampu menampung sehingga 600 jemaah pada satu-satu masa.

Katanya, kemudahan lain yang turut disediakan ialah tempat mengambil wuduk, tandas, ruang pengurusan jenazah serta kawasan parkir yang luas bagi menampung pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

UNTUK RAKYAT… Dr Safiee merakam kenangan selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan Projek Rakyat Membina dan Menyiapkan Masjid Kampung Tebaang.

“Ini merupakan peningkatan penting berbanding kemudahan sedia ada sebelum ini,” katanya.

Mengulas harapannya terhadap peranan masjid itu selepas siap kelak, beliau berkata, masjid berkenaan bukan sekadar berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, malah perlu menjadi pusat pembangunan ummah yang menyeluruh.

“Masjid ini boleh menjadi medan memperkukuh pendidikan agama, membimbing generasi muda, menyuburkan semangat kejiranan serta memperkukuh nilai kerohanian dan perpaduan masyarakat setempat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan majlis perasmian masjid berkenaan dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 17 Julai depan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Sarawak, agensi pelaksana, kontraktor, jawatankuasa masjid, pemimpin masyarakat serta seluruh penduduk di kedua-dua Kampung Tebaang yang telah memberi kerjasama, sokongan dan doa sepanjang pelaksanaan projek ini.

“Semoga masjid baharu ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dan menjadi lambang kesatuan serta kemajuan masyarakat Kampung Tebaang,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kesedaran keselamatan kebakaran diperkasa di rumah panjang
Next: 608 penduduk terjejas banjir di Long Bemang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.