
NIAH: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Subis yang beroperasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, Niah ditutup sepenuhnya hari ini.
Pegawai Daerah Subis, Norliah Ulis, memaklumkan bahawa penutupan PPS tersebut dibuat susulan hasil lawatan agensi keselamatan yang mengesahkan keadaan di kawasan kediaman mangsa telah surut sepenuhnya dan selamat untuk didiami semula.
Katanya, penutupan PPS itu dibuat selepas mendapat pengesahan bahawa keadaan di kawasan terjejas adalah selamat, sekali gus membolehkan penduduk kembali ke kediaman masing-masing, katanya dalam satu memorandum rasmi hari ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat atas kerjasama dan tindakan lanjut yang telah diberikan sepanjang pengurusan bencana banjir di daerah tersebut.
Penutupan PPS ini menandakan situasi banjir di Daerah Subis telah pulih sepenuhnya, sekali gus menamatkan operasi pemindahan sementara yang dilaksanakan sebelum ini.
Oleh Adum Liu