Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Bau kini menempatkan 21 mangsa banjir
  • WILAYAH

PPS Bau kini menempatkan 21 mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago

Prihatin…. Anggota APM Bau membantu memindahkan mangsa banjir. Foto ihsan APM Bau

BAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Pangkalan Melayu, Bau kini menempatkan seramai 21 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas akibat banjir.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bau, PPS tersebut dibuka pagi semalam. 

Mangsa yang ditempatkan terdiri daripada 11 orang dewasa, lima kanak-kanak dan lima warga emas. 

Keadaan cuaca di lokasi dilaporkan baik dan tiada perubahan dalam jumlah mangsa di PPS setakat jam 6.00 petang tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato’ Hendry Jinep telah melawat PPS tersebut pada jam 4:05 petang bagi memberi sumbangan dan bertanya khabar kepada mangsa. 

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Laluan lencongan sementara dibuka
Next: Banjir: Syarikat di Bintulu sumbang 20 unit bot fiber 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.