
PARIS: Sebuah potret tidak diketahui sebelum ini oleh Pablo Picasso tentang artis Perancis, Dora Maar terjual AS$37 juta semalam di Paris, menurut rumah lelong Drouot.
Bertajuk “Bust of a Woman With a Flowery Hat”, lukisan minyak itu menampilkan warna terang dan garisan hitam tebal dan dijual kepada pembeli asing yang hadir di bilik lelong.

Potret ini dilukis pada 11 Julai 1943 dan dibeli seorang kolektor Perancis pada 1944.
Hasil jualan jauh melebihi harga simpanan AS$9.5 juta dan menjadi petunjuk minat pasaran seni terhadap karya Picasso.
–AFP