Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Poole juara keseluruhan LTDL 2024
  • SUKAN

Poole juara keseluruhan LTDL 2024

Utusan Sarawak 7 months ago

Poole merangkul gelaran pemenang keseluruhan (Jersi Hijau) pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat kelapan (Bintulu - Bintulu) sejauh 147.5 kilometer hari ini. Foto Bernama

BINTULU: Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir sejauh 147.5 kilometer (km) sekitar Bintulu hari ini.

Poole, 21, dari pasukan DSM-Firmenich PostNL mendominasi Jersi Hijau sejak peringkat ketiga hingga kelapan untuk mencatat masa keseluruhan 26 jam 27 minit 44 saat (s).

Beliau mengetepikan pencabar terdekat dari JCL Team UKYO, Thomas Pesenti yang ketinggalan 0.13s serta pelumba Equipo Kern Pharma, Unai Iribar Jaurgei (+0.20s) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

“Saya agak kecewa kerana prestasi saya sedikit menurun apabila kami kehilangan seorang pelumba (Johan Dorussen). Jadi agak sukar untuk kami merancang strategi.

“Bagaimanapun, semua pelumba menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Terdahulu, pelumba Itali Matteo Malucelli dari JCL Team UKYO meraih kemenangan peringkat ketiganya apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3:07.38s, diikuti Arvid De Kleijn dari Tudor Pro Cycling Team serta pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Malucelli merampas Jersi Jingga (Raja Pecut) selepas mengumpul 80 mata dipisahkan dua mata dengan De Kleijn, manakala Syritsa di tempat ketiga (57 mata).

Pelumba BH-Burgos, Mario Aparicio Munoz pula membawa pulang Jersi Polka Dot (Raja Bukit) selepas mengumpul 27 mata, diikuti Poole (22 mata) dan Anthon Charmig dari Astana Qazaqstan Team (12 mata).

Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) sah menjadi milik Manabu Ishibashi dari JCL Team UKYO setelah mengumpul catatan masa 26:30:02s diikuti rakan sepasukan Yuma Koishi (+2.41s) dan kedudukan ketiga diisi pelumba Aisan Racing Team, Keigo Kusaba (+2.45s).

Sementara itu, Equipo Kern Pharma muncul Pasukan Terbaik Keseluruhan dengan catatan masa 79:24:12s, diikuti Astana Qazaqstan Team (+1.31s) dan tempat ketiga milik Polti Kometa (+1.40s).

Wakil negara, Malaysia Pro Cycling (MPC) pula boleh berbangga apabila muncul pasukan Asia ketiga terbaik dengan catatan masa keseluruhan 79:58.46s, manakala juara milik JCL Team UKYO (79:35.36s) dan kedua diisi pasukan kebangsaan Thailand (79:58.24s).– BERNAMA

Continue Reading

Previous: KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius penganjuran LTDL
Next: Man United sekadar seri, Ten Hag semakin tertekan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.