Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polri mohon Interpol keluar notis merah terhadap Riza Chalid
  • GLOBAL

Polri mohon Interpol keluar notis merah terhadap Riza Chalid

Utusan Sarawak 3 hours ago

POLIS Indonesia (Polri) memohon Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) di Lyon, Perancis, mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid, susulan kes rasuah pengurusan minyak mentah, lapor Agensi Berita ANTARA.

JAKARTA: Polis Indonesia (Polri) memohon Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) di Lyon, Perancis, mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid, susulan kes rasuah pengurusan minyak mentah, lapor Agensi Berita ANTARA.

Setiausaha Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Indonesia, Brigedier Jeneral Untung Widyatmoko pada Selasa berkata Pejabat Peguam Negara (AGO) telah melengkapkan semua syarat permohonan itu minggu lalu.

“Kami segera menyerahkan permohonan notis merah Interpol (IRN) terhadap individu yang dimaksudkan (Riza Chalid),” katanya sambil menambah bahawa Interpol akan mengeluarkan notis itu selepas menjalankan penilaian.

AGO telah menamakan Chalid, pemilik PT Orbit Terminal Merak sebagai suspek dalam kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan di syarikat tenaga milik negara Pertamina serta Kontraktor Kontrak Kerjasama (KKKS) antara 2018 hingga 2023.

Dia juga berdepan pertuduhan dalam kes pengubahan wang haram.

Chalid dimasukkan dalam senarai orang paling dikehendaki AGO sejak 19 Ogos lalu. Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan, Agus Andrianto turut mengumumkan pasportnya telah dibatalkan.

Menurut Agus, Chalid dikesan berada di Malaysia selepas meninggalkan Indonesia pada Februari lalu.– Bernama-ANTARA

Continue Reading

Previous: Suspek kes Charlie Kirk didakwa atas kesalahan membunuh
Next: Mumia tertua dunia ditemukan di Asia Tenggara – Kajian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.