Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki disyaki terlibat kemalangan maut di Jalan Mukah-Balingian
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki disyaki terlibat kemalangan maut di Jalan Mukah-Balingian

Utusan Sarawak 4 days ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas terlibat dengan kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Mukah-Balingian, di simpang Kampung Penipah, Jumaat lalu. Foto: IPD Mukah
 



MUKAH: Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Mukah-Balingian, dekat simpang Kampung Penipah, Jumaat lalu.

Suspek ditahan semalam sekitar 2.30 petang selepas hadir membuat laporan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza berwarna putih yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian untuk dijadikan barang kes.

“Kemalangan berlaku pada 25 Julai lalu menyebabkan pembonceng motosikal, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Mukah akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Penunggang motosikal pula, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, mengalami kecederaan di muka dan kaki namun dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek telah diluluskan Mahkamah Majistret Mukah selama dua hari sehingga 30 Julai ini ini bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM tahan tiga individu, rampas 936 ayam sabung di Sabah
Next: Two men arrested for trespassing and fishing at temple pond in Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.