Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis siasat penemuan bayi lelaki di Trusan, Lawas
  • JENAYAH

Polis siasat penemuan bayi lelaki di Trusan, Lawas

Utusan Sarawak 7 months ago

KONGSI MAKLUMAT...DSP Liong ak Tindan mohon perkongsian maklumat daripada orang awam dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis.

LAWAS: Seorang bayi lelaki ditemui orang awam di kawasan Trusan, Lawas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, bayi berkenaan  kemudiannya dihantar ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut.

Katanya satu laporan polis dibuat mengenai  penemuan bayi lelaki terbabit pada jam 9.40 pagi. 

“Bayi kini masih dirawat di Hospital Lawas dan dalam keadaan sihat. 

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,”katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau turut menasihatkan kepada orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini. 

“Sebarang maklumat  berkenaan kejadian ini boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Akmal di talian 011-58520868, 085-284467 atau mana-mana balai polis berhampiran,”katanya.

Continue Reading

Previous: Hukuman mati Azilah diringankan kepada 40 tahun penjara
Next: Guru wanita pukul murid guna penyapu diperintah bayar ganti rugi RM85,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.